Sunday 17 April 2011

9 SEBAB PEREMPUAN BENCI LELAKI /KEKASIH HATI


MENIPU

Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.Tidak salah berterus-terang, kadangkala wanita lebih menerima cara itu dari ditipu dan akhirnya diketahui..tak ke perang dunia meletus??silap hari bulan berakhir hubungan dan anda dicop “KAKI PENIPU”.

HARAPAN/KEBEBASAN

Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus

MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya bersalah. Lebih teruk lagi jika mengeluarkan kata-kata kesat(maki) ia sangatlah melampau..wahai sang lelaki perempuan hatinya lembut begitu juga dnegan kamu jika diperlakukan sedemikian oleh orang yang kamu sayang pasti kamu berasa sedih dan tersentuh..Cuba bercakap dengan baik walaupun pasangan kamu keras hati,percayalah wanita menginginkan kelembutan bukan kekasaran.


MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya. Alasan yang diberikan “kawan”. Jika anda benar-benar menyayangi kekasih anda jadilah seorang yang setia, tidak salah berkawan tapi biarlah berpada-pada.mungkin ia Nampak seperti simple tapi ingatlah ia boleh jadi masalah besar dalam hubungan ,tambahan anda melayani kawan perempuan anda lebih baik dari 
kekasih..

SUKA 'CUCI MATA'
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi 
mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang! Cuba kekasih kamu berkelakuan sedemikian pastinya anda geram!

. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Sebenarnya wanita tidak kisah dikongkong malahan mereka akan merasa disayangi dan dihargai pasangan.Tetapi,  bagaimana pula dengan mereka si lelaki yang  akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka... Macammana tu?

. EGO

Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya. Jangan rasakan anda sentiasa di tempat yang betul kerana ada masanya apa yang diperkatakan oleh kekasih ada betul dan sebabnya.


MEMBANDINGKAN KEKASIH DENGAN ORANG LAIN


Perkara ini sering terjadi dimana lelaki suka membandingkan bekas kekasih atau perempuan lain dengan kekasihnya sekarang.alasan yang diberikan “kekasih lama memahami, baik dan tidak berkelakuan seperti kekasih sekarang”. Setiap manusia dikurniakan perangai yang berbeza jadi cuba terima pasangan anda seadanya walaupun banyak kekurangan berbanding yang lama atau wanita lain tetapi mereka juga mempunyai perasaan. Kaum adam pasti terasa sangat tercabar jika kaum wanita (kekasih) membandingkan anda dengan lelaki yang jauh lebih hebat.begitu juga dengan mereka.

 MELABEL/MENYAKITI KEKASIH


Melabel kekasih dengan panggilan yang agak menjengkelkan seperti gedik, hodoh, gemuk atau si penipu..tahukah anda bahawa anda tidak sepatutnya member label sebegini kepada kekasih anda. Menyakiti kekasih adalah perkara yang kadangkala lelaki tidak sedar contohnya menyindir, memuji perempuan lain, menceritakan tentang kecantikan, kebaikan seseorang perempuan, menipu dan berkasar dengan kekasih. Selain itu, memberitahu yang kekasih sangat membosankan dan merimaskan kaum lelaki, hai cik abang semua perempuan kebiasaanya sedaya upaya membahagiakan kekasihnya kecuali dia terlalu tertekan atau sakit hati dengan lelaki..pasti dia mencetuskan pergaduhan sehingga timbulnya perasaan itu.

.
*Lebih baik kaum lelaki meneliti ada tak sifat nie pada diri anda dalam hubungan,kalau ada cepatlah berubah supaya kekasih anda tidak lari dan berubah hati..kecuali anda sudah tidak mencintai dan menyayanginya.


 

2 comments:

  1. HAHAHAHAH..xde maknenya..haha..aq tkOngtang kanting..weh kO dah nak kawin..senyap jew'

    ReplyDelete