Monday, 22 October 2012

RESIPI KUBIS BUNGA



BAHAN - BAHAN:
·         1 biji kubis bunga | dipotong
·         5gm cendawan enoki
·         3 biji cendawan butang
·         5 biji kacang sepat (kacang pis)
·         3 biji lobak kecil (baby carrot)
·         3 biji jagung muda | dibelah dua
·         2 ulas bawang putih | dicincang halus
·         3 sudu makan sos tiram
·         2 sudu makan tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
·         2 sudu makan minyak bijan
·         Serbuk perasa secukupnya
·         Air secukupnya untuk mencelur
·         Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:
1.       Didihkan air dan celurkan sayur-sayuran yang sudah dibersihkan. Angkat dan tos. Asingkan.
2.       Seterusnya, panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
3.       Kemudian masukkan sos tiram dan sedikit air. Kacau rata.
4.       Setelah itu masukkan serbuk perasa, minyak bijan dan adunan tepung jagung. Sebatikan.
5.       Akhir sekali, tuangkan sos tadi di atas sayur-sayuran tadi. Sedia untuk dimakan.

Tarraaa.. Ready tO Eat



No comments:

Post a Comment

Post a Comment